video

Foto

Waktu Solat

KALENDER

Followers

Rabu, 2 Disember 2009

Tokoh Pelajar Asrama Dijamu Durian Bersama YAB Menteri Besar Perlis

Seramai 78 pelajar dari seluruh negara yang terpilih sebagai Tokoh Pelajar Asrama Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi tetamu Menteri Besar Perlis , Dato’ Seri Dr. Md. Isa Sabu sepanjang berada di negeri Perlis.

Mereka yang terdiri pelajar sekolah menengah dan rendah berasrama dari seluruh Negara diraikan pada majlis ‘makan durian’ di Eagle Park Resort, Bukit Ayer , Bintong oleh Menteri Besar yang juga Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Perlis. Peserta-peserta turut berpeluang beramah mesra dengan Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bintong sambil menikmati jamuan pulut durian ‘ala Perlis’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan